Pantang larang org tua semasa mengandung
Wednesday, 27 October 2010 12:16
Salam semua,
Semasa kehamilan kalau mengikut orang tua-tua,banyak pantang larang yg kita kena ikuti, almaklumlah kalau x ikut kang membebel sampai ke mlm heheh. manakan tidak sbb kekdg mcm x masuk akal pun ada, tp kena ikut gaklah sbb kalau jd apa2 sbb x ikut cakap naya je :)
OK di bawah ni adalah antara pantang larang yg biasa diamalkan
1.Tidak digalakkan minum air kelapa dan makan nenas pada trimester pertama kerana dikhuatiri bayi akan gugur
2.Jangan menyeksa atau mebunuh binatang dikhuatiri terkenan
3.Jangan banyak minum ais dikhuatiri baby besar dan susah nak dilahirkan dan juga senang dijangkiti demam kuning
4.Jangan lilit towel kat kepala dan rambut lepas mandi takut tali pusat melilit leher bayi
5.jangan ikat mati benang atau tali dikhuatiri susah nak bersalin
6.jangan mandi malam nanti air ketuban berlebihan memudaratkan bayi dalam perut
7.tidak digalakkan suami pegi memburu atau memancing takut terkenan
8. kalau nampak benda2 yg x sepatutnya digalakkan berishtigfar banyak2
9.Kurangkan makan pisang takut rambut bayi lebat sangat ehhehe
10.Jangan gali lubang pastu timbus balik takut x leh bersalin ikut saluran betul so kena caesarean
11. jangan banyak sangat minum air kelapa dikhuatiri anak banyak angin dibadan
12.tidak boleh makan atau minum menggunakan bekas sumbing takut anak sumbing bibir
Setakat ni sahaja yg dapat listkan , sebenarnya seribu macam lagi pantang larang yg ada, lain tempat lain caranya, berbeza2 pendapat terpulanglah samada kita nak ikut, tp yg penting jangan terlalu taksub sehingga melanggar akidah kita ye.Kita boleh pikir mana yg elok dan x elok dan yg penting kita sendiri memastikan setiap tingkah laku dan percakapan kita dijaga selalu
bye, jumpa lagi :)
Kredit to http://kehamilan.blogspot.com/
Product Categories
- Maternity Dress (17)
- Maternity Blouse (6)
- Maternity Legging (1)
- Maternity T-Shirt (2)
- Maternity Overall (10)
- Cardigan (2)
- Nursing/menyusu (0)
- Bengkung moden berzip (1)
- Bengkung Tradisional Zig zag (1)
- Keperluan bayi (9)
- Jubah Kaftan (0)
- Nursing bra (5)
- Keperluan breastfeeding & Accessories (4)
- Semi Inner (2)
- Kecantikan dan kesihatan (1)
Announcement
still can make an order thru :- 1.sms : 0193080948 2.email : danitamaternity78@yahoo.com 3.fb : danita maternityFor those who not familiar with shopping Chart
nuffnang
Facebook Badge
Who's online
Payment Method















Comments
RSS feed for comments to this post